KELEBIHAN MENINGGAL DUNIA DI MAKKAH
Lazimnya jika seseorang meninggal dunia di Makkah, sudah tentu jenazahnya tidak akan dibawa pulang ke tanah air masing-masing.
Sebaliknya terus dikebumikan di tanah suci Makkah.
Bolehlah dianggap ini sebagai satu peluang yang Allah SWT berikan kepada kita untuk disemadikan di Makkah.
Kebiasaannya rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Makkah, adalah
sewaktu mereka sedang mengerjakan ibadah umrah atau ibadah haji.
Beginilah ‘perjalanan’ yang perlu anda lalui sekiranya anda meninggal dunia di Makkah.
Di sini, anda disemadikan tanpa batu nisan, memungkinkan tiada ahli
keluarga yang dapat menziarahi anda di kemudian hari di sebabkan lokasi kubur anda tidak diketahui
Bolehkah kita bercita-cita untuk mati di Makkah atau Madinah?
Dalam sebuah hadith Nabi SAW ada disebut:
Maksudnya: “Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka
lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang
mati di sana.”
(riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)
Menurut riwayat al-Tabarani, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
“Sesiapa antara kamu yang mungkin mampu untuk meninggal dunia di Madinah, meninggallah di sana.
Sesungguhnya sesiapa yang meninggal dunia di sana, aku menjadi saksi atau pemberi syafaah kepadanya pada hari kiamat.”
(Sabiq, 2000: I: 522-24)
Ini menunjukkan satu perkara yang diharuskan oleh Islam, di mana ulama
telah meng-istinbat (mengeluarkan) hukum dari hadith tersebut seperti
yang dijelaskan oleh Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Hajar dan lain-lain
bahawasanya HARUS untuk berniat untuk mati di tempat yang baik dan dalam
keadaan yang baik.
Apatah lagi di Madinatul Munawwarah, ganjarannya sangat jelas iaitu Nabi akan memberi syafaat.
Jadi kita berdoa kepada ALLAH SWT agar kita mati di dalam keadaan yang baik dan di tempat (Makkah,Madinah) yang baik.
Gambar-gambar berikut menunjukkan antara proses yang dilakukan jika terdapat jenazah yang meninggal dunia
Semoga kita termasuk di kalangan yang
bernasib baik di beri peluang untuk disemadikan di tanah suci Makkah
atau Madinah...amiin. (sumber FB:
0 Response to "Ternyata Ini Kelebihan Meninggal Dunia Di Tanah Suci Makkah"
Post a Comment